Aku Kahwin


Assalamualaikum wbt...

Hari ni aq tak nak ceta pasal permulaan kerjaya aq..hari ni aq nak ceta pasal hari-hari yg terkini ala-ala Berita Terkini..

Korang nak tau ka kat mana aq berada ketika entri ni aq buat? Ni yg cek nk habaq kat ang ni..aq sebenarnya berada di Dewan Bersalin Hospital Sg Buloh..haa,kenapa aq berada di sini?well,kucing aq nk beranak la..hoho..tak la..sebenarnya aq tengah tunggu isteri aq ni,dah nk bersalin tp tak salin-salin gak..

Haaa...aq dah kawen ke?yee,sudah..aq kawen pada 31 Ogos 2012 di Manek Urai Kelantan..lau dah aq orang Sabah tapi kawen kat Kelantan tu tandanya wife aq orang Kelantan la..kn?kn?(merapu)..kalau ceta pasal kawen aq ngan wife aq xde la wat majlis grand ala-ala artis tu..aq kawen ala-ala perkahwinan Islam(dah aq Islam,memang la perkahwinan Islam,ye x?)..huhu..kalau difikirkan bajet kawen zaman sekarang ni,tak de lagi yang bawah RM10K..malah sampai berbelas-belas K dan berpuluh-puluh K pun orang buat..ikut kemampuan si suami la katanya..kalau mampu tak pe la,tutup mata je bayar..kalau kurang berkemampuan tu,xpayah la ikut sangat orang lain,buat ikut kemampuan poket sendiri..

Kalau majlis aq,yeahh very simple n very murah,hantaran just RMx,000.00 je..best kan?yeahh,memang susah nak dapat yg pihak perempuan nak hantaran 4angka ni,yang kes aq ni pihak perempuan tak letak harga pun,wife aq yang bagi idea letak harga macam tu..(TQ sayang)..

Mula-mula gi akad nikah kat Masjid Manek Urai,pastu balik,pastu wat solat hajat berjemaah kat rumah pengantin perempuan,pastu baru makan..macam tu je la majlis aq..xda karaoke,xda kompang,tapi yang penting lauk yang dimasak habis..xmembazir..lagi pun kalau nak difikirkan,xguna gak wat grand2 sebab kalau ada apa2 hal Jabatan Agama just nak tengok sijil nikah atau kad nikah je,dorang xnak tengok gambar2 resepsi resepi repepsi segala..yang penting cukup syarat dalam Islam..Alhamdulillah...

0 comments:

Post a Comment

 
blogger widgets