Pitam Dihari Pertama Kawad


Huh,agak lama aq tak update citer,aq sendiri pun ingat2 lupa,tapi tak pe..aq taip apa yg aku ingat je la supaya aq xlupa langsung kisah2 aq untuk tatapan anak2 aq nanti..(wahaha)..
    
      Ok,direct to the point la..hari pertama aq menjalani latihan kawad d Pulapol Kuching,untuk makluman,Koperal Roslind adalah jurulatih(JL) aq dan semua budak platun 4..dia memang sempoi..hihi...seawal pagi jam 0400hrs kami kena bangun,untuk solat subuh then wat persiapan untuk latihan,awal pagi lagi kami kena berkumpul depan berek untuk Rollcall (Panggil Nama) pastu tunggu JL masing2 datang amik. Mula2 tengok muka JL kami tu KPL Roslind nampak macam bengis je,macam komunis (jangan marah encik),tapi bila dah kenal,kelakar habis..haha

   Bila JL dah sampai,dia suh kami berlari menuju ke padang kawad. Selepas tu berkumpul di padang kawad untuk dengar taklimat dari SM Shahram (manusia paling ganas di Pulapol yang menggelarkan dirinya sebagai "Raja Dewa"..)

   Untuk kali pertama aq kawad,aq sudah rasa macam nak pitam,maybe tak cukup tidur agak nya,ye la,perasaan macam rojak,tak lena tidur aq dibuat nya,rindu kat family..hmm..nasib baik JL aq tu baik dan tak bengis..mula2 tu aq rasa bila bercakap aq dengar suara aq sendiri,pastu kat bawah mata aq nampak hitam je,aq sebelum ni tak pernah rasa pitam,so aq anggap diri aq pitam la time tu sebab rasa lain macam je,aq tengok sekeliling makin gelap,aq just dengar orang kata "kiri kanan kiri" je time tu..pastu aq minta izin kt KPL Roslind untuk duduk,mula2 dia xbagi,dia suh aq jalan...ade ke dia kata aq kene selsema burung unta,huh..tapi aq xkisah dah,aq sendiri dudukkan diri aq sbb aq takut aq jatuh kat padang kawad tu,nanti lain plak jadi nya..pastu ade la sorang kawan aq c Amy tolong renggangkan otot2 aq dengan mengurut belakang aq..budak Amy ni asal dari Sabah,tp mykad dia guna alamat Johor..huhu..bila aq rasa lega,aq sendiri minta izin kat KPL Roslind untuk ikut member platun aq lari dua pusingan padang kawad,mulanya JL aq tu macam xkompiden je aq leh ikut dorang lari,tapi aq yakin kan beliau dengan buat muka yakin and bersemangat untuk lari..

Haaa...macam tu la serba sedikit cerita yang aku ingat semasa mula2 ikut latihan kawad..nak pitam wa cakap sama lu,tapi pastu,xda dah aq pitam2...huhu

 
blogger widgets